USAHAWAN WANITA PERSATUAN ANAK MELAYU JOHOR

Biro Usahawan Wanita PAMJ telah diwujudkan pada 22 Mac 2021. Tn Pengerusi PAMJ telah melantik Pn Sa’diah Binti Hj Ismail untuk menerajui Biro Usahawan Wanita tersebut. Biro tersebut telah dapat mengadakan dua buah program sepanjang tahun 2021 ini. Program pertama adalah: Program Usahawanan Wanita PAMJ bersama SME Corp pada 1 April 2021 yang mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 21 ahli Wanita PAMJ. Program kedua adalah Program digital online business bersama SWATV pada 30 November 2021 dengan kehadiran 8 ahli2 wanita PAMJ dalam perniagaan keusahawanan. Program2 yang telah diadakan telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga di masa akan datang Biro Usahawan Wanita PAMj akan dapat mengusaha dan merancangkan lagi program2 Usahawan yang dapat memberi manfaat dan peluang untuk wanita2 terutama ahli2 wanita dalam PAMJ. Terima kasih.