PERSATUAN
ANAK MELAYU JOHOR
WILAYAH PERSEKUTUAN
& SELANGOR
(PAMJ)
LAMBANG & LENCANA
PAMJ merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan oleh petubuhan. Ia bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah pertubuhan anak negeri. Simbol-simbol tersebut melambangkan tujuan dan matlamat penubuhannya. Ia dipengaruhi oleh lambang negeri Johor, agama Islam serta ciri-ciri siasah dan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini. Warna biru laut memenuhi sebahagian besar lambang dan warna merah cerah berbentuk perlembagaan yang mengawal urusan persatuan manakala, bahagian berwarna biru pula bermaksud Jawatankuasa dan ahli-ahli yang saling bekerjasama dalam semangat ukhwah yang tinggi.Tiga titik hitam berbentuk mata tombak diatas huruf “J” menunjukkan persatuan sentiasa bergerak maju dengan teratur. Tulisan jawi diatas kotak merah mengambarkan agama islam sentiasa dijunjung manakala tulisan rumi menggambarkan ilmu dipelbagai bidang menjadi keutamaan
Selain dari lambang, persatuan juga menggunakan logo dalam bentuk “typo” atau huruf. Huruf ini disusun atas kebawah dan menggunakan warna yang sama dengan lambang iaitu hitam bagi tulisan jawi “persatuan” dibahagian atas, warna merah “anak melayu”, warna biru bagi “Johor” dan hitam bagi “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor”. Ia digunakan bagi pelbagai cetakkan disesuaikan dengan kegunaannya. Ia boleh di gunakan bersama dengan lambang atau bersama-sama dengan atau bersendirian.