Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutuan & Selangor (PAMJ) sekali lagi menunjukkan komitmennya terhadap kebajikan ahli dan komuniti melalui program PAMJ Prihatin — sebuah inisiatif bantuan yang direka khas untuk membantu Anak Johor yang memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Program ini menawarkan tiga kategori bantuan utama:
Keperluan Harian Bantuan dalam bentuk bekalan makanan mentah dan barangan dapur asas bagi meringankan beban kehidupan harian penerima.
Bantuan Perubatan Merangkumi pemeriksaan kesihatan komprehensif serta bantuan ubat-ubatan kritikal bagi mereka yang memerlukan sokongan perubatan berterusan.
Sokongan Mobiliti dan Penjagaan Katil Penyediaan kerusi roda manual dan elektrik, serta katil pesakit terlaras untuk membantu mobiliti dan keselesaan penerima bantuan.
Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon akan dirahsiakan dan digunakan semata-mata bagi tujuan kebajikan serta bantuan PAMJ Prihatin sahaja.
Masyarakat yang layak dan memerlukan bantuan boleh mendaftar dengan mengimbas Kod QR yang di atas atau terus tekan link di bawa:.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”