Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAMJ bagi tahun 2025 telah berjaya diadakan pada 9 Mei 2026 (Sabtu) bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur.
Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang ini telah menyaksikan perbincangan agenda tahunan persatuan merangkumi laporan aktiviti, penyata kewangan, serta pemilihan Jawatankuasa Pentadbir baharu bagi sesi 2026–2028.
JAWATANKUASA PENTADBIR PAMJ SESI 2026–2028
| Jawatan | Nama |
|---|---|
| Presiden | Mohammed Farhan bin Basheer |
| Naib Presiden 1 | Dato’ Hj Mohd Rashid bin Hasnon |
| Naib Presiden 2 | Abd Aziz bin Basiran |
| Ahli Jawatankuasa | Kaldina bte Abdul Kalam |
| Ahli Jawatankuasa | Ustaz Abd Halim bin Abdul Hafidz |
| Ahli Jawatankuasa | Datuk Nordin bin Abd Rahman |
| Ahli Jawatankuasa | Ibrahim bin Kamal |
Persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan lama atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pentadbir yang baharu dipilih. Semoga amanah yang digalas dapat ditunaikan dengan penuh dedikasi demi kemajuan persatuan dan ahli-ahlinya.
“Muafakat Itu Berkat”



