Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dukacita dimaklumkan bahawa Hj Hairum Hj Mahfudz, Ketua Biro Ugama Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 2.00 pagi pada 8 November 2025, di kediaman beliau:
๐ No. 10, Jalan Indah 3/5,
Taman Ampang Indah,
68000 Ampang.
Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga besar PAMJ. Allahyarham dikenali sebagai seorang yang lembut budi pekerti, aktif dalam urusan kebajikan dan sentiasa bersemangat dalam mengimarahkan program keagamaan anjuran persatuan.
Pihak PAMJ merakamkan ucapan takziah dan doa kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
๐คฒ โSesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.โ
โุฅููููุง ูููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Hairum Hj Mahfudz.




