PAMJ YouTube Channel

PERSATUAN ANAK MELAYU JOHOR WILAYAH PERSEKUTUAN & SELANGOR - PAMJ

Persatuan ini telah ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 23hb October 1982. Pertubuhan ini di daftarkan atas nama Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutuan Dan Selangor dan lebih dikenali dengan nama rengkasnya “PAMJ”. Pada 07hb Mac 2017 Pertubuhan ini telah dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pembatalan ini disebabkan oleh masalah-masalah pematuhan peraturan Pejabat Pendaftar Pertubuhan berkaitan laporan-laporan tahunan PAMJ pada tahun-tahun terdahulu kepada Pendaftaran Pertubuhan.
Sebuah Jawatankuasa Penaja telah ditubuhkan untuk menghidupkan semuala Pertubuhan ini berjaya didaftarkan semula dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 28hb Jun 2018 dengan nama baharu “PERSATUAN ANAK MELAYU JOHOR, WILAYAH PERSEKUTUAN & SELANGOR” juga dikenali sebagai PAMJ. Jawatankuasa Penaja PAMJ yang di anggotai oleh tujuh orang ahli bertanggung jawab untuk mentadbir dan menguruskan Persatuan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Pertama diadakan pada 21 April 2019.
Sepanjang penubuhannya PAMJ telah berjaya melaksanakan perbagai aktiviti secara aktif dalam usaha merapatkan ukhwah dan silaturrahim bukan sahaja dikalangan ahli-ahlinya malah diantara anak-anak Johor dengan persatuan anak-anak negeri lain.
PAMJ yang baharu ini masih meneruskankan falsafah PAMJ yang asal. iaitu penubuhan utama PAMJ adalah untuk memupuk semangat muhibah dan persudaraan dikalangan ahli-ahli khasnya yang lahir dan berasal daripada Negeri Johor yang menetap di Wilayah Persekutuan dan Selangor dan juga dengan masyarakat umum amnya.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Tujuan, matlamat dan kegiatan PAMJ sepertimana dinyatakan didalam Perlembagaan Pertubuhan seperti berikut :