OBJEKTIF

Program PAMJ PRIHATIN yang diwujudkan ini  merupakan program amal PAMJ selaras dengan peruntukan  Perlembagaan PAMJ. Ianya  satu usaha untuk membantu ahli-ahli dan anak-anak Johor bukan sahaja yang berada di Wilayah Persekutuan & Selangor malah yang berada di negeri Johor juga meliputi golongan lain yang terkesan dengan masalah seperti pendemik masa ini juga persediaan lain-lain bencana atau musibah

Melalui program amal ini PAMJ berharap  dan berusaha  membantu golongan mereka yang kurang berkemampuan dengan memberi bantuan keperluan asas antaranya keperluan makanan kepada yang memerlukan termasuk golongan asnaf dan fakir miskin.

Program ini juga bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal di bandar. Barang-barang akan dibeli di kedai runcit untuk membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). PAMJ Prihatin juga turut memberi bantuan ke rumah anak-anak yatim dari segi keperluan harian. Golongan-golongan yang terkesan akibat bencana alam seperti banjir, kebakaran dan wabak seperti pendemik Covid-19 juga diberi perhatian.