dari meja presiden
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana atas izin-Nya, kita dapat terus melangkah memacu perjuangan Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) demi ahli-ahli di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan, serta sekalung apresiasi kepada kepimpinan terdahulu atas jasa dan acuan kukuh yang telah ditinggalkan.
Melangkah ke hadapan, fokus utama saya adalah:
- Memperkukuh Kesatuan & Perpaduan: Merapatkan saf sesama ahli sebagai satu keluarga besar di perantauan demi saling membantu dalam pelbagai bidang.
- Rejuvenasi PAMJ: Menyuntik semangat dan pendekatan baharu yang lebih dinamik agar persatuan ini kekal segar, relevan, dan sentiasa bersedia berkhidmat.
- Pengisian Bermanfaat: Nantikan pelbagai aktiviti dan program inklusif yang sedang dirangka khusus untuk memberi nilai tambah kepada seluruh ahli.
Sesuai dengan semangat perantau, wadah perjuangan PAMJ akan sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan negeri. Bersama-sama kita bawakan roh dan tekad MAJU JOHOR di mana sahaja kita berada, demi pembangunan sosioekonomi anak bangsa dan tanah air.
Marilah kita bulatkan tekad dan bergandengan bahu, kerana sesungguhnya, “Muafakat Itu Berkat.”
Sekian, Selamat Maju Jaya.