PERSATUAN
ANAK MELAYU JOHOR
WILAYAH PERSEKUTUAN
& SELANGOR
(PAMJ)
LATAR BELAKANG
Persatuan ini telah ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 23hb October 1982. Pertubuhan ini di daftarkan atas nama Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutuan Dan Selangor dan lebih dikenali dengan nama rengkasnya “PAMJ”. Pada 07hb Mac 2017 Pertubuhan ini telah dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pembatalan ini disebabkan oleh masalah-masalah pematuhan peraturan Pejabat Pendaftar Pertubuhan berkaitan laporan-laporan tahunan PAMJ pada tahun-tahun terdahulu kepada Pendaftaran Pertubuhan.
PAMJ yang baharu ini masih meneruskankan falsafah PAMJ yang asal. Iaitu tujuan utama penubuhan PAMJ adalah untuk memupuk semangat muhibah dan persudaraan dikalangan ahli-ahli khasnya yang lahir dan berasal daripada Negeri Johor yang menetap di Wilayah Persekutuan dan Selangor dan juga dengan masyarakat umum amnya.