PAMJ YouTube Channel

TABUNG KEWANGAN & MISI KEMANUSIAAN COVID-19

Tabung Kewangan COVID-19 telah ditubuhkan untuk disumbangkan kepada Petugas Frontliner, Warga Mas, Pesakit, Golongan OKU dan Asnaf. Kutipan tabung telah dilancarkan kutipan pada bulan March 2020 kepada semua ahli-ahli PAMJ untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan usaha murni ini. Persatuan juga telah menerima sumbangan untuk Tabung Kewangan COVID-19 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) bagi menjayakan program ini. Sumbangan telah diberi dan diagihkan kepada pelajar-pelajar anak-anak Johor di lima buah Universiti iaitu Pelajar College Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Universiti Putra Malaysia, PREMAJ Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Gurney. Petugas-petugas Frontliner Hospital Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Kepong serta bantuan sumbangan makanan kepada Asnaf dan ibu tunggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.