PAMJ YouTube Channel

SEPETANG BERSAMA PRESIDEN PAMJ

PAMJ telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil ketua pelajar Persatuan anak Johor dari Universiti Awam di Kuala Lumpur dan Selangor. Majlis “Sepetang Bersama Presiden PAMJ” telah di Hotel Seri Pasifik PWTC pada 12hb January 2020. Program tersebut bertujuan untuk mengiratkan ukhwah antara PAMJ dengan pelajar-pelajar anak Johor melalui persatuan-persatuan pelajar anak-anak Johor yang ditubuhkan di university-universiti awam di Kuala Lumpur dan Selangor. Perlembagaan PAMJ juga ada pertuntukan bagi ahli-ahli dari kalangan pelajar sebagai ahli bersekutu. Sehingga ini PAMJ telah mengadakan kerjasama dan bantuan dengan beberapa persatuan pelajar di UKM, UIA dan UITM dalam beberapa program mereka. Adalah menjadi hasrat PAMJ ramai pelajar-pelajar akan menyertai PAMJ dan menjadi pelapis kepada kepemimpinan PAMJ.