PAMJ YouTube Channel

PROGRAM PASCA BAH 2021

Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) telah melancarkan satu program sumbangan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa selepas banjir yang dinamakan “PROGRAM PASCA BAH 2021”. Program ini telah diadakan pada 7hn March 2021 di Ko,pleka Penghulu Mukim 9, Minyak Beku, Senggarang, Batu Pahat Johor. Bantuan ini diberikan tumpuan kepada mangsa-mangsa selepas banjir di daerah Batu Pahat, Johor. Pihak kami telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon selaku Ahli Parlimen Batu Pahat merangkap Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat untuk bersama-sama dengan PAMJ dalam menagihkan bantuan. Persatuan juga telah melancarkan Tabung Bantuan Banjir untuk mendapatkan sumbangan daripada ahli-ahli Persatuan dan juga memohon daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melaksanakannya supaya ianya lebih berjaya dan berjalan dengan lancar.