PROGRAM PAMJ PRIHATIN DAN MEWUJUDKAN TABUNG PAMJ PRIHATIN

PAMJ PRIHATIN merupakan satu usaha untuk membantu ahli-ahli dan anak-anak Johor bukan sahaja yang berada di Wilayah Persekutuan & Selangor malah yang berada di negeri Johor yang terkesan dengan masalah pendemik masa ini juga persediaan lain-lain bencana atau musibah. Program amal ini boleh membantu dari segi publisiti dan promosi PAMJ bukan hanya dimata anak-anak Johor di perantauan malah rakyat Johor sendiri akan dapat mengetahui tentang kewujudan PAMJ. Selain dari bantuan kewangan dan bekalan makanan yang boleh diagihkan kepada mereka-mereka yang memerlukan, bantuan  khidmat kounseling untuk membantu mengurangkan tekanan emosi kepada mereka yang ditimpa kesusahan atau menjadi perantara dengan jabatan atau badan yang menyediakan bantuan juga boleh diusahakan. Aktiviti-aktiviti program akan susun dan diatur mengikut keperluan semasa dan keupayaan dana yang dikumpul. Tabung PAMJ Prihatin diwujudkan bertujuan untuk mengumpul sumber kewangan melalui dana sumbangan dari ahli2 PAMJ, orang perseorangan, syarikat-syarikat korperat  dan pihak2 yang ingin menyumbang Tabung khas ini akan  memudahkan pengurusan kewangan PAMJ, juga untuk menarik penyertaan pihak penderma kerana nama tabung ini telah secara langsung menekanan kepada program kerja-kerja amal PAMJ. Sehubungan dengan itu promosi khusus pungutan dana akan diadakan mengikut keperluan seperti semsa seperti     bantuan kepada mereka yang  terkesan akibat  wabak Covid-19 atau lain-lain bencana  yang dialami ketika itu.