PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA MASJID-MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Bersempena Bulan Ramadhan Al Mubarak Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru, agensi kerajaan, masjid-masjid suluruh Wilayah Persekutuan dan PAMJ telah mengadakan Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan pada 18hb Mei 2019 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengenegahkan bahawa Masjid bukan sahaja untuk menunaikan solat lima waktu semata-mata tetapi ianya boleh diperluaskan skopnya supaya masjid dilihat tempat penyatuan ummah dan masyarakat. PAMJ diberi kesempatan untuk turut serta memasakĀ  bubur lambuk resipi tradisi Johor bersama-sama di mana seorang chef terkenalĀ  telah di jemput dari negeri Johor. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong juga telah memasak bubur lambuk dengan resepi baginda sendiri. Majlis berjalan secara bersantai dengan penuh kemesaraan antara Paduka Permaisuri Agong dengan masyarakat.