PAMJ PRIHATIN JALANKAN PROGRAM BANTUAN BENCANA KEPADA MANGSA BANJIR

30 Disember 2021: Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) hari ini mengadakan satu program amal ‘Bantuan Bencana PAMJ Prihatin’ yang memfokuskan misi utama program iaitu membantu mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada ahli-ahli PAMJ. Antara penerima-penerima Bantuan Bencana ini adalah mereka yang terdiri daripada lima (5) orang ahli PAMJ dan sepuluh (10) orang antara mereka yang merupakan anak jati kelahiran Johor.   Lanjutan itu, Bantuan Bencana ini akan diagihkan kepada penerima-penerima yang tinggal di negeri Selangor antaranya di kawasan Hulu Langat (3 penerima), kawasan Puchong (5 penerima) dan kawasan Shah Alam (4 penerima). Program Bantuan Bencana yang bermula jam 9:00 pagi hingga petang ini merupakan program sumbangan barangan yang diperlukan oleh pihak mangsa sendiri iaitu untuk keperluan mangsa. Secara jelas, ia sedikit sebanyak meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan ekoran banjir yang berlaku baru-baru ini.