MAJLIS TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM DATO ABDUL RAHMAN HASSAN DAN AHLI-AHLI PAMJ YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Persatuan telah menganjurkan Majlis Tahlil untuk Allahyarham Dato Abdul Rahman Hassan pada 28hb Jun 2019 di Masjid Ibnu Mas’ud di Jalan Ampang bagi menghargai jasa arwah yang banyak kepada persatuan dan  juga sebagai salah seorang daripada pengasas PAMJ.  Majlis Tahlil tersebut juga untuk ahli-ahli yang telah meninggal dunia  dan diadakan pada 28hb Jun 2019 di Masjid Ibnu Mas’ud di Jalan Ampang.