MAJLIS NUR RAMADHAN PAMJ 2020

PAMJ menganjurkan Majlis Nur Ramadhan bagi meraikan asnaf anak-anak yatim dan fakir miskin. Ia bertujuan untuk  bersama-sama meringankan beban dan membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk turut menghayati juga menikmati keindahan Ramadhan dan kemeriahan Syawal. Selain dari tetamu jemputan dan ahli-ahli PAMJ, Majlis telah dihadiri oleh seramai 185 tetamu utama yang terdiri dari   anak-anak  yatim, ibu-ibu tunggal dan fakir miskin.  Mereka  telah diraikan dalam majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan pada tarikh 19hb Mei 2019. Program ini telah dimulakan dengan aktiviti membawa anak-anak yatim seramai 116 orang ke Pusat Pakaian Jakel untuk berkongsi kegembiraan membeli pakaian kelengkapan menyambut hari raya. Program Nur Ramadhan ini bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik serta menyuburkan semangat kesukarelawan dalam kalangan umat Islam dan ianya akan menjadi satu usaha berterusan PAMJ dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat secara amnya