MAJLIS HARI RAYA “WARNA WARNI AIDIL FITRI ANAK JOHOR 2019”

Persatuan telah berjaya menganjurkan Majlis Hari Raya “Warna Warni Aidil Fitri Anak Johor 2019” pada 30hb Jun 2019 di Kelab Darul Ehsan Ampang. Sambutan dan penyertaan yang baik dari ramai ahli-ahli PAMJ dan majlis telah berjalan dalam suasana yang meriah dengan persembahan Ghazal, pemuzik dan bancaan puisi daripada ahli persatuan sendiri.