KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG TUN MUSA HITAM – PENASIHAT PAMJ

Jawatan kuasa Tertinggi PAMJ telah membuat kujungan hormat kepada YABHG. Tun Musa Hitam sebagai Penasihat PAMJ pada 24 Ogos 2020 yang lalu. Kunjungan tersebuat antara lainnya adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara YBHG Tun dengan PAMJ selaku Penasihat. YBHG Tun adalah antara pemimpin negara yang sangat rapat dengan PAMJ. Beliau telah turut serta dan membantu dalam banyak aktiviti yang diatur oleh PAMJ pada masa_x0002_masa lalu. Dalam pertemuan tersebut Presiden telah menyampaikan penerangan tentang halatuju dan aktiviti-aktiviti PAMJ yang telah di rancang. YBHG Tun telah memberikan nasihat kepada Presiden dan wakil PAMJ mengenai fokus dan tujuan sesuatu aktiviti perlu menepati objektif penubuhan PAMJ. Beliau berpuas hati dengan pencapaian PAMJ selama ini dan berharap PAMJ akan lebih berjaya lagi di masa hadapan. Beliau sentiasa bersedia memberi nasihat dan bertukar pandangan, dengan kepimpinan PAMJ dari masa ke semasa.