PAMJ YouTube Channel

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA JOHOR CORPORATION (JCorp)

Jawatan kuasa  Tertinggi PAMJ membuat kunjungan hormat kepada Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim pada 16hb Julai 2019 di Menara KOMTAR Johor Bahru City Centre. Tujuan kunjungan hormat bagi mengeratkan perhubungan diantara JCorp dan PAMJ  khususnya  dalam bidang ekonomi dan peluang-peluang perniagaan. Ketua Eksekutif JCorp telah menyampaikan taklimat kepada wakil PAMJ mengenai perkembangan JCorp juga perancangan masa hadapan yang boleh memberi peluang-peluang penyertaan keusahawanan dan perniagaan dalam menjana ekonomi negeri Johor di samping tanggungjawab sosial yang perlu di laksanakan.