
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.
Patik sekalian menjunjung kasih dan mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat, dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dalam memimpin negara Malaysia yang tercinta ini.
Hormat takzim daripada:
Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ)
Wilayah Persekutuan & Selangor



