PAMJ YouTube Channel

BOWLING MERDEKA PAMJ 2020

Bertempat di Gurney Bowl Residensi UTM Kuala Lumpur pada 19 September 2020 PAMJ telah berjaya mengadakan acara pertandingan Bowling. Pertandingan ini bertujuan merapatkan ikatan ukhuwah dan silaturahim sesama ahli di samping mencungkil bakat-bakat pemain bowling di kalangan ahli-ahli PAMJ.

Acara ini telah menyemarakkan aktiviti sukan PAMJ bersempena sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia ke-63. Sambutan dan penyertaan amatlah menggalakan. Acara telah berlangsung dalam suasana yang santai dan meriah.