MENGADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR

Jawatan kuasa  Tertinggi PAMJ telah dapat perkenan mengadap KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai Penaung DiRaja PAMJ pada 15hb Julai 2019 di Istana Bukit Pelangi. Tujuan  menghadap KeBawah Duli Tuanku adalah untuk merafak sembah setia ahli-ahli  P.A.M.J.  dan menyembahkan tujuan penubuhan PAMJ  kepada  KeBawah Duli Tuanku . Dalam pertemuan tersebut DYMM Tuanku telah menitahkan supaya PAMJ dapat memainkan peranan yang baik kepada anak-anak Johor yang berada di ibu negara. Perancangan aktiviti-aktiviti PAMJ juga telah di persembahkan kepada Banginda Tuanku. Pada dasarnya Tuanku telah bersetuju dengan penganjuran  sebuah “Konsert Amal Legasi Kasih Di Raja Johor” yang mengetengahkan penyanyi-penyanyi popular tanah air dari era tahun 60an sehingga 80an yang berasal dari negeri Johor. Konsert tersebut di cadangkan adakan pada 29 November 2019 di Istana Budaya Kuala Lumpur.