KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI BESAR JOHOR

Jawatan kuasa Tertinggi PAMJ membuat kujungan hormat kepada Menteri Besar Johor YAB Dato’ Dr. Sahruddin bin Jaml pada 14hb Julai 2019. Tujuan kunjungan hormat bagi menyerahkan surat perlantikan kepada Menteri Besar Johor sebagai Penaung PAMJ. Wakil PAMJ telah mengambil kesempatan menerangkan akan tujuan penubuhan PAMJ  kepada YAB Menteri Besar yang sebelum ini tidak pernah mengetahui akan kewujudannya.  Di perjumpaan tersebut YAB Menteri Beasr dan wakil persatuan telah berbincang mengenai peranan yang boleh di mainkan oleh PAMJ dalam mempromosikan negeri Johor di ibu negara. Ianya meliputi bidang ekonomi & keusahawanan, pendidikan, masakan dan kesenian.